1. Apa itu Sistem Tabungan Emas (STE) :

  1. STE adalah sebuah sistem yang dibangunkan untuk semua pelanggan. Yuran pendaftaran STE (one-time payment) adalah RM 50 seumur hidup. Bagi pelanggan yang telah berdaftar kad keahlian dibawah Kedai Emas De Aurora, anda boleh login dengan mengguna Nombor Kad Ahli (user ID) & Kad Pengenalan (Password). Kemudian buat pembayaran RM50 untuk buka akaun STE.
  2. Emas yang dikumpul melalui STE hanya boleh ditebus melalui pembelian barang kemas di semua cawangan Kedai Emas De Aurora.
  3. STE bukanlah sistem simpanan wang. Ia adalah "Gold Wallet" dimana setiap ahli yang berdaftar boleh membeli emas ketulenan 916 (Emas 91.6%) bermula dengan serendah 1 gram & dalam gandaan 1 gram sahaja.
  4. Setiap gram emas yang dibeli melalui STE disokong oleh emas fizikal dengan ketulenan 916 sahaja.
  5. Para pelanggan boleh melihat rekod pembelian dan transaksi yang dibuat di STE pada Laman Web dengan log masuk ke akaun mereka.
  6. Emas yang dibeli melalui STE hanya boleh digunakan untuk menebus stok emas fizikal 916 (NORMAL ITEM SAHAJA) sedia ada di cawangan Kedai Emas De Aurora.
  7. Emas yang dibeli melalui STE ini tidak boleh ditukar dengan wang.
  8. Emas yang dibeli melalui STE tidak boleh ditukar atau dipindah milik kepada ahli lain.
  9. Bagi penebusan STE yang melibatkan selain daripada NORMAL ITEM , akan ada kos tambahan.

2. Penebusan STE :

  1. Emas yang terkumpul melalui STE hanya boleh digunakan untuk menebus barang kemas fizikal yang terdapat di Kedai Emas De Aurora.
  2. Berat penebusan adalah berdasarkan nisbah 1:1. Ini bermaksud 1.00g STE adalah bersamaan dengan 1.00g barang kemas fizikal berketulenan 916.
  3. Senario dibawah mungkin boleh berlaku semasa proses menebus STE:
  4. Selepas penebusan, STE yang terkumpul akan ditolak berdasarkan berat emas yang telah ditebus.
  5. Para pelanggan boleh memeriksa baki berat emas yang dikemas kini dengan log masuk ke akaun STE di Laman Web Kedai Emas De Aurora.
  6. Hanya pemilik asal keahlian STE sahaja yang boleh menebus STE.

3. Tempoh Matang STE :

  1. Setiap gram STE yang dibeli mempunyai tempoh matang 3 hari bekerja. Tiada penebusan berlaku dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pembelian.
  2. Walau bagaimanapun, setiap gram STE yang telah dibeli pada tarikh yang lebih awal dan telah mencapai proses matang dapat digunakan untuk menebus barang kemas fizikal pada bila-bila masa tertakluk pada waktu operasi Kedai Emas De Aurora.

4. Lain-lain :

  1. Dengan membeli emas melalui sistem STE, pelanggan sudah bersetuju dengan terma dan syarat di atas.
  2. Kedai Emas De Aurora tidak akan bertanggungjawab atas sebarang masalah yang timbul daripada salah faham pada terma dan syarat di atas.